Nasional

Hapus babi liar ganggu penduduk DUN Pantai Kundor

GARA-GARA seekor babi liar merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan mangsapatah kaki di Pantai Puteri minggu lalu, satu operasi khas menghapuskan haiwan itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Insiden tersebut terjadi apabila haiwan itu dipercayai berenang dari laut sebelum naik ke darat telah
menggemparkan orang ramai yang berada di pantai berkenaan.

Haiwan itu dipercayai datang kawasan berhampiran meluru naik ke darat sebelum terus merempuh sebuah motosikal yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Isu babi liar bukan perkara baharu membelenggu selain insiden minggu lalu, haiwan itu kini mengganggu penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor malah ia turut memusnahkan tanaman yang diusahakan penduduk di situ.

Sehubungan itu, satu operasi khas menghapuskan babi liar akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri tidak lama lagi berikutan banyak aduan diterima daripada penduduk haiwan itu sering mengganggu penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, kehadiran haiwan tersebut dilihat semakin membimbangkan selain mengganggu penduduk, banyak tanaman yang diusahakan turut musnah.

Selain itu menurutnya, kejadian seorang lelaki dirempuh haiwan itu di Pantai Puteri minggu lalu
menyebabkan mangsa yang menaiki motosikal melalui jalan tersebut mengalami kemalangan dan patah kaki.

Beliau berkata, haiwan yang dipercayai merempuh motosikal seorang lelaki telah berjaya ditembak mati oleh empat anggota Perhilitan minggu lalu.

Menurutnya, beberapa kejadian tersebut menyebabkan beberapa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) di DUN berkenaan menyarankan satu operasi khas dengan kerjasama Perhilitan untuk menghapuskan haiwan tersebut.

“Saya menerima banyak aduan boleh dikatakan saban hari kelibat haiwan ini muncul mengejar kanak-kanak, menyelongkar tong sampah dan merosakkan tanaman yang diusahakan penduduk.

“Kawasan yang sering diganggu haiwan tersebut ialah Tanjong Kling, Pantai Kundor, Kampung Gelam, Kampung Tanah Merah serta di kawasan Powetech.

“Saya telah berbincang dengan Perhilitan dan mereka bersetuju untuk melaksanakan operasi khas tersebut dan
tarikhnya masih belum ditetapkan lagi,” ujarnya hari ini.

Tuminah berkata, beliau menerima laporan peningkatan mendadak haiwan tersebut dianggarkan sebanyak 300
ekor sering berkeliaran.

Menurutnya, sejak awal tahun ini, Perhilitan telah berjaya menghapuskan sebanyak 100 ekor haiwan tersebut di sekitar ‘hot spot’ yang telah dikenal pasti.

Begitupun katanya, Perhilitan perlu menggariskan soal keselamatan untuk memburu babi liar memandangkan kawasan yang menjadi tumpuan berhampiran dengan penduduk.

Jelasnya, perkara tersebut perlu diperhalusi kerana sewaktu operasi dijalankan anggota Perhilitan
menggunakan senapang untuk menghapuskan haiwan tersebut. – SM Melaka

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button