Nasional

8.8% populasi lengkap disuntik dos vaksin

SEJUMLAH 8.8 peratus populasi Malaysia melibatkan 2,868 juta penduduk telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Sehingga semalam 20.8 peratus penduduk atau 6.971 juta orang telah disuntik dengan dos kedua.

Jawatakuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)berkata, 9.660 juta vaksin telah diberikan sehingga semalam.

Mengikut rekod hampir 70 peratus penduduk Kuala Lumpur telah menerima dos pertama atau seramai 1.231 juta orang dan daripada jumlah itu 15.2 peratus atau 269 ribu telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sarawak dikedudukan kedua dari segi jumlah peratusan populasi menerima suntikan vaksin dengan 44.5 peratus atau 1.254 juta telah menerima dos pertama dan 15.2 peratus atau 357,574 telah disuntik dengan dos kedua.

Sejumlah 43.1 peratus populasi di Putrajaya yang melibatkan 47,440 penduduk telah menerima dos manakala 26.8 peratus atau 29,503 penduduk telah lengkap disuntik kedua-dua dos.

Labuan di kedudukan keempat tertinggi dari segi peratusan penerima vaksin dengan 37.9 peratus atau 37,725 penduduk telah disuntik dengan dos pertama dan 19.2 peratus atau 19.2 peratus disuntik dengan dos kedua.

Sejumlah 340,043 dos vaksin diberikan semalam seluruh negara melibatkan 206,757 dos pertama dan 133,286 dos kedua.-SM

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button