EkonomiParlimen

MyEG nafi kenakan bayaran secara haram baharui permit pekerja asing dalam talian

MyEG Services Sdn Bhd menafikan kononnya mereka mengenakan bayaran secara haram bagi perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asing.

Memetik laporan DagangNews, MyEG memaklumkan bahawa perkhidmatan yang disediakan di platfom dalam talian mereka adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Kumpulan MyEG berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini dan tambah mereka, Lembaga Pengarah ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Melaka (Pakatan Harapan/PH) Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat adalah pendapat beliau sendiri.

Kenyataan Kumpulan itu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen berkenaan dilaporkan mendakwa bahawa kontrak perkhidmatan MyEG dengan Jabatan Imigresen telah digantung sejak Februari tahun ini tetapi Syarikat itu masih menerima bayaran untuk perkhidmatan yang dibuat melalui laman web MyEG.

Memetik kata-kata Khoo, sebagai contoh, katanya, jika sebuah kilang mempunyai 10 pekerja dan mereka menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi membayar RM2,000 seorang, mereka telah membyar MyEG sebanyak RM20,000.

Selepas itu, kata Khoo lagi, mereka menunggu dan apabila permit tidak sampai, mereka pergi ke Jabatan Imigresen yang memaklumkan bahawa MyEG telah digantung sementara dan majikan pula perlu membayar RM20,000 lagi untuk memperbaharui permit pekerja.

“Mereka sudah membayar RM20,000 kepada MyEG tetapi MyEG tidak membayar balik (memulangkan semula wang), mereka diminta menunjukkan bukti bahawa mereka telah membayar dan memperbaharui permit dengan Jabatan Imigresen,” kata Ahli Parlimen Kota Melaka itu.

Pada Julai lalu, MyEG berkata, Kumpulan itu telah menerima surat pemberitahuan daripada Kementerian Kewangan (MOF) yang bersetuju untuk melanjutkan kontrak mereka.

Pada masa itu, MyEG berkata, syarat lanjutan “akan dimuktamadkan menurut perbincangan lanjut dengan Kerajaan pada masa akan datang”.

Katanya, perjanjian rasmi untuk lanjutan itu “akan ditandatangani pada peringkat kemudian” tetapi tiada sebarang perkembangan berhubung perkara tersebut.

Dagangan sekuriti MyEG pula dihentikan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi semalam. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button