HiburanUncategorized

Pernah dikecam kerana cerai isteri ketika pantang, Daus dedah kisah sebenar

SELEPAS mengambil keputusan untuk bercerai sekitar Februari tahun lalu, penyanyi, Daus Eli tidak mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Malah, Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Merasakan sudah tiba masanya, bekas program realiti Akademi Fantasia merungkai apa sebenarnya yang terjadi dalam video klip lagu terbaharunya berjudul Takdir Kita.

Menurut Daus, jalan cerita video klip arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya selain menjawab segala persoalan yang timbul dalam kalangan masyarakat sebelum ini.

“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.

“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita video klip ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.

“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam video klip ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai,” katanya.

Dalam pada itu, Daus mengakui dia sudah lebih setahun tidak berjumpa dengan anak-anaknya.

Jelasnya, selepas bercerai, ketiga-tiga anaknya dijaga oleh bekas isteri yang tinggal di Sarawak manakala dia pula berada di Kuala Lumpur.

“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.

“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. InsyaAllah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.

“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.

‘Takdir Kita’ terbitan dan edaran Nova Music Malaysia dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer, pada 28 Ogos lalu.

Serentak dengan itu, video muzik lirik ‘Takdir Kita’ juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’. -SM

(Visited 633 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button