Nasional

KWSP i-Sinar: Pendahuluan pertama antara RM4,000 – RM10,000

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) boleh mengeluarkan simpanan mereka antara RM4,000 hingga RM10,000 bagi pendahuluan pertama melalui kemudahan i-Sinar.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak.

Katannya, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember ini dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Menurutnya, ahli boleh mengekses 10 peratus daripada amaun simpanan dalam Akaun 1.

Bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah akan mempunyai ekses amaun sehingga RM9,000.

Amaun pendahuluan akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih RM90,000 juga mempunyai ekses 10 peratus dengan amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah sebanyak RM60,000.

“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000,” katanya.

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.-SM

 

 

(Visited 638 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button