Nasional

77 jemaah tabligh disahkan dijangkiti Covid-19, Sabah tertinggi

SEHINGGA hari ini sejumlah 77 jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu  disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Sabah mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 26 orang diikuti Negeri Sembilan sebanyak 11 kes, Sarawak (6), Johor (5), Melaka (5), Selangor (5)  Pulau Pinang (5) Kelantan (3) Perak (2), Labuan (2), Pahang (2) Kedah (2), Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Perlis 1 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM)  kesemua 77 kes ini masih dirawat di hospital. Satu kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan stabil.

KKM dalam satu kenyataan berkata, seramai 4,942 peserta yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya dikenalpasti sehingga pukul 7 petang tadi.

Seramai 3,069 peserta perhimpunan tersebut telah datang ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan.

Hanya 1,634 mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan telah diambil sampel. Manakala 2,932 peserta telah diarahkan bagi menjalani home surveillance di rumah masing-masing untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan kira-kira 10,000 orang dari beberapa negara termasuk kira-kira 5,000 dari Malaysia-SM

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button