Nasional

Solat di luar masjid tidak dibenarkan

SOLAT di luar masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan,

Malah, mana-mana individu yang namanya tidak tersenarai, dilarang untuk hadir atau menunaikan solat termasuk di luar masjid.

Itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Ia perlu dipatuhi termasuk tidak boleh di luar masjid, sepanjang pelaksanaan PKPB.

“Kita telah bersetuju setiap kali solat Jumaat dan sebagainya, pihak polis dan RELA akan berkawal,

“Ini, bagi mengawasi pematuhan SOP di masjid dan surau yang dibenarkan, untuk laksanakan solat berjemaah,” katanya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurut beiau, terdapat laporan ada individu yang tidak berada dalam senarai 30 jemaah datang menunaikan solat di luar masjid.

Ismail Sabri juga memberitahu, hampir smeua 25 masjid dan 30 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan, mematuhi SOP ketika menunaikan sembahyang Jumaat semalam.

Selain itu tegas beliau, aktiviti takbir hari raya dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan pada sambutan Aidilfitri kali ini.

“Kita bimbang terlalu ramai yang berkumpul nanti, kerana mereka bergerak dari rumah ke rumah dan sukar untuk memastikan jarakan sosial,” katanya.

Dalam pada itu memetik laporan BERNAMA, Ismail Sabri berkata, tindakan kompaun kini boleh dikenakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

Beliau berkata, ia berikutan masih ramai ingkar terhadap arahan itu walaupun pelepasan pergerakan rentas negeri yang diberikan dari 7-10 Mei lepas, sudah tamat.

“Setakat ini, 146 sekatan rentas sempadan negeri dilaksanakan dan daripada jumlah itu, 238,500 kenderaan diperiksa.

“Semalam, 508 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan hendak pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh PDRM,” katanya.

Mengenai kawalan sempadan, Ismail Sabri berkata, 1,408 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini secara haram melalui lorong tikus, darat dan laut ditahan dari tempoh 1 Mei sehingga semalam (15 Mei).

Beliau berkata, pihak berkuasa sudah mengenal pasti dan menahan 14 tekong yang terlibat dalam percubaan membawa masuk PATI terbabit.

“Kerajaan akan terus memantau dan mengetatkan kawalan di sempadan darat dan laut terutamanya di lorong-lorong tikus bagi menyekat kemasukan PATI dan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Mengulas isu pengamal media tidak mengamalkan jarak sosial ketika membuat liputan di masjid yang tular dalam media sosial sejak semalam, Ismail Sabri berkata penganjur mana-mana program yang memanggil media untuk membuat liputan perlu menyediakan tempat bertanda bagi memastikan amalan itu dapat dipatuhi.

“Jika kawasan terlalu sempit, maka mereka (penganjur) boleh mengehadkan jumlah media yang boleh hadir. Kita harapkan setiap penganjur membuat prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk pengamal media,” katanya. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button