Politik
Trending

PKR kalah di Inanam bawa kemenangan kepada GRS

KEMENANGAN Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam bawa kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

PBS yang berada dalam komponen GRS itu meletakkan calon William Majinbon  di sana bagi menentang pesaing lain dalam pertandingan 10 penjuru.

William dilapor mengalahkan calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan PKR  menerusi keputusan tidak rasmi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

“Alhamdulillah, tumbangnya PKR di DUN Inanam bermakna Perikatan Nasional – Gabungan Rakyat Sabah telah memenangi 37 kerusi untuk tubuh Kerajaan Baharu Sabah.

“Hidup rakyat ! Hidup perjuangan! #PRNSabah #SayangiSabah.”

Demikian ciapan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, HIlman Idham dalam Twitternya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengucapkan tahniah kepada GRS yang tidak rasmi menang dalam PRN Sabah Ke-16.

Kurang 60 peratus daripada 1.12 juta rakyat Sabah dilaporkan keluar mengundi siang tadi sebelum peti undi ditutup pada pukul 5 petang. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button