Nasional

76.2 peratus populasi dewasa di Lembah Klang divaksin

SEBANYAK 76.2 peratus populasi dewasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya lengkap divaksin bulan lalu.

Jumlah itu merangkumi 4.69 juta orang manakala bagi dos pertama, 6.58 juta populasi dewasa di Lembah Klang telah menerima vaksinasi semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), 51.6 peratus atau 12.07 juta populasi dewasa negara ini telah lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan infografik di media sosial JKJAV, seramai 17.8 juta orang telah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29.88 juta.

Semalam juga menyaksikan sebanyak 517,692 dos diberikan dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.

Kadar vaksinasi di lima negeri telah melebihi 50 peratus populasi dewasa iaitu Labuan, Sarawak, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perlis.

Untuk rekod, PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi kepada penerima untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – UTUSAN TV – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button