fbpx
Nasional

710 kes baharu, 10 kematian, 3 kluster baharu

JUMLAH kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan hari ini berbanding semalam dengan 710 kes baharu dikesan di seluruh negara.

Negeri Sabah masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan bilangan kes baharu iaitu 528 kes.

Manakala di Lembah Klang mencatatkan 73 kes baharu iaitu Selangor (62) dan Kuala Lumpur (11).

Dua negeri turut mencatatkan pertambahan yang tinggi iaitu Negeri Sembilan (37) dan Pulau Pinang (39).


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sejumlah 180 kes pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (140 kes), Kluster Penjara Reman (39 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Hari ini turut mencatatkan bilangan kes yang sembuh iaitu sebanyak 467 kes menjadikan keseluruhan kes aktif dan kebolehjangkitan berjumlah 8,416 kes.

“Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan COVID-19,” kata Dr. Noor Hisham.

Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 214 kes. Sebanyak 8 kes kematian berlaku di Sabah, satu di Kedah dan satu di Labuan.

 

Kluster Samudera melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19.

“Sehingga hari ini 12 , sejumlah lapan individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19,” kata Dr. Noor Hisham.

Kluster Palma melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Negeri Selangor serta daerah Kepong di Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dan 88 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Jaya pula melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif COVID-19. Sehingga hari ini sejumlah 48 individu telah disaring. Sembilan kes dikesan positif Covid-19 dan 39 individu masih menunggu keputusan.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button