Nasional

Ibu mengandung disaran ambil suntikan vaksin Covid-19

BERITA ini tidaklah mengejutkan dan bukan mengujakan para wanita hamil kerana hari ini, mereka disarankan agar mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Saranan ini dibuat ekoran varian Omicron yang mengganas dan sebagai pelindungan kepada ibu-ibu yang hamil.

Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah menyarankan agar ibu mengandung mengambil suntikan vaksin pada kandungan berusia antara 14 hingga 33 minggu.

Saranan itu dinyatakannya pada Mei 2021 dan hari ini, saranan ini timbul semula.

Kalau ikutkan, pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan ibu mengandung ini hendaklah terlebih dahulu, mendapatkan nasihat daripada para pegawai perubatan.

Khairy pernah menyebut, pemberian vaksin kepada golongan ibu mengandung yang disyorkan ialah vaksin Pfizer.

Sementara itu, hari ini, Khairy berkata, KKM perlu bersikap lebih telus mengenai kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan perlu diumumkan secara jelas kepada orang ramai.

“Kita perlu jujur mengenai perkara ini bahawa sudah tentu terdapat risiko dalam mana-mana prosedur perubatan tetapi ingin diulangi di sini, risikonya sangat kecil dan manfaat daripada suntikan dos penggalak adalah jauh lebih besar berbanding risiko kesan sampingan,” katanya.

Untuk makluman, AEFI ditakrifkan sebagai sebarang kejadian perubatan yang tidak diingini selepas seseorang disuntik dan yang tidak semestinya akibat penggunaan vaksin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan advers mungkin sebarang tanda yang tidak diingini, penemuan makmal yang tidak normal, gejala atau penyakit.

Ketika mendesak pelaporan AEFI yang lebih jelas, Ahli Parlimen DAP baru-baru ini menggesa KKM memberi maklum balas terhadap rayuan ibu bapa yang mahu siasatan lebih terus dilakukan apabila anak lelaki mereka meninggal dunia selepas 18 hari menerima suntikan vaksin.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, sikap berdiam diri mengenai perkara itu telah menimbulkan syak wasangka dan isu itu hanya akan menghalang ibu bapa lain daripada memberi anak mereka vaksin Covid-19.

Kekurangan maklumat rasmi mengapa orang ramai teragak-agak untuk menerima suntikan dos penggalak.

Khairy menjelaskan, ramai yang mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” untuk menerima dos penggalak namun beliau yakin sikap itu akan berubah menjadi lebih baik.

“Saya rasa apabila kita melihat keberkesanan suntikan dos penggalak dalam memastikan orang ramai selamat terutamanya daripada simptom yang teruk dan kematian, lebih ramai orang akan tampil ke hadapan untuk menerimanya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, rakyat Malaysia harus berbangga dengan program imunisasi negara – inisiatif terbesar seumpama itu dalam sejarah negara.

“Ia adalah salah satu yang terbaik dalam dunia dari segi liputan, kepantasan dan keberkesanan,” katanya. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button