fbpx
Hiburan

7 tahun menunggu cahaya mata, Jehan Miskin pilih nama Axel Nova Rhee

Tujuh tahun menunggu cahaya mata, pelakon dan penerbit, Jehan Miskin akhirnya selamat menimang cahaya mata yang pertama.

Berita gembira itu dikongsikan Jehan menerusi akaun Instagram miliknya dan memberitahu yang cahaya mata pertamanya itu lahir semalam.

Jehan turut memilih nama yang cukup unik buat anaknya iaitu Axel Nova Rhee.

Perkongsikan berita gembira itu turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Ziela Jalil, Scha Al Yahya, Catriona Ross, Yasmin Hani dan Anita Baharom.


Dia mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.

Pasangan ini bertemu satu sama lain di sebuah gimnasium dan mula menjalin hubungan serius sebelum bernikah di Carcosa Seri Negara.

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button