NasionalNegeri

Masyarakat perlu lengkap diri ilmu, kemahiran ikut perkembangan semasa – Raja Muda Perlis

MASYARAKAT diajak melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan perkembangan dan pembangunan semasa.

Gandakan usaha kerana hanya dengan berusaha dan bekerja kuat sahaja kita akan mempunyai peluang yang lebih untuk berjaya dalam hidup.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 138 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Titi Tok Bandar sebanyak 70 penerima dan 68 lagidari kariah Seriab baru-baru ini.

RM700 diterima oleh setiap seorang daripada MAIPs dengan jumlah penuh pada kali ini sebanyak RM96,600 dalam program yang diadakan di Masjid Ar-Rahim, Kampung Titi Tok Bandar.

Mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Raja Muda, ‘Kini teknologi digital, alat komunikasi canggih dan media sosial seolah-olah menjadi suatu kemestian bagi kehidupan seharian kita,”.

Titah Baginda, ia ada baik dan buruknya dan sebaik-baiknya kemudahan teknologi ini dapat digunakan untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat, samada di segi ekonomi, sosial dan juga politik. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button