Belang Bertempat

7-0 menang bergaya Muafakat Nasional, perlukah lagi fikir Perikatan Nasional?

Satu lagi kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) di DUN Slim dengan majoriti besar, menjadikan kedudukan 7-0 kejayaan Muafakat Nasional (MN) dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dibentuk bersama Pas.

Tidak kiralah sama ada lawan BN bertanding atas tiket Bebas sekali pun, pesaing itu di atas kertas tetap dicap mewakili Pakatan Harapan.

Di Slim, salah seorang calon Bebas yang meraih kira-kira 2,000 undi mewakili parti Pejuang, ciptaan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kata satu grup WhatsApp politik, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah fikir untuk `kemas baju’ sahaja andai terfikir ingin masuk gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15.

Ya, Belang anggap kemenangan MN atau BN di PRK Slim satu kemenangan bersejarah buat gabungan politik tersebut.

PH sebelum ini kalah kesemua enam PRK disaingi mereka di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan Chini.

Cuma lima kerusi berjaya dipertahankan oleh PH iaitu PRK DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong, Parlimen Port Dickson dan kerusi Parlimen Sandakan.

Apakah makna kemenangan MN kali ini dalam PRK yang dipercayai terakhir sebelum PRU-15 (selepas pilihan raya negeri Sabah 26 September depan)?

Untuk itu Belang nukilkan cerita yang pernah dikisahkan ini tentang pelbagai tafsiran enam orang buta.

Mereka memberi deskripsi mengenai rupa bentuk seekor gajah. Ada yang memegang ekor, dikatakannya tali. Ada yang memegang kaki, dikatakannya tiang. Ada yang memegang telinga, dipanggilnya kipas.

Yang memegang badan, disamakan pula dengan dinding. Yang memegang belalai, disamakan dengan ular. Dan yang memegang gading, disamakan dengan tombak.

Setiap daripada orang buta itu tidak salah. Mereka juga tidaklah betul. Mungkin begitulah kepelbagaian niat dan interpretasinya.

Bagi Belang, tidak kisahlah apa yang diperkatakan terhadap MN.

Cuma Belang cukup meyakini MN berkeupayaan mendatangkan kemakmuran kepada Malaysia, dengan inti Melayu Islam yang berpegang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya, sekali gus bermanfaat untuk kaum-kaum lain.

Dengan kestabilan yang diyakini berupaya dibawa oleh para pemimpin MN yang pelbagai latarbelakang pengalamannya, MN mampu menempuh cabaran getir semasa waktu ini.

Belang fikir tidak perlu pemimpin-pemimpin dalam MN memikirkan sangat satu lagi gabungan politik iaitu Perikatan Nasional (PN) yang tidak ketahuan hala tuju dan misi politiknya.

Yang penting, bak kata Aristotle, seorang ahli falsafah dari Yunan yangi pernah menulis: “Politicians also have no leisure, because they are always aiming at something beyond political life itself, like power and glory, or happiness.” And this particular politician chooses happiness.

Ingatlah, pengakhiran Kerajaan PH adalah disebabkan oleh unforeseen circumstances. Ia berasal dari kelemahan dan keangkuhan mereka sendiri.-SM

(Visited 1,138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button