Nasional

PKPP: Kawalan sempadan Sarawak-Kalimantan dipertingkat

SEMPENA penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pematuhan (PKPP), kawalan di sempadan Sarawak-Kalimantan terus diperketatkan bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, sekatan jalan raya juga masih dijalankan di beberapa daerah bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 dari negara jiran ke Sarawak.

“Kita masih mengadakan sekatan jalan raya di kawasan tumpuan seperti daerah-dareah di negeri ini yang bersempadan dengan Kalimantan.

“Kawalan ini penting dalam memastikan tiada penularan COVID-19 dari negara jiran masuk ke Sarawak,” katanya.

Antara lain ujarnya, pemantauan di setiap premis perniagaan membabitkan agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut dilakukan.

Ini bagi memastikan para peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Pasukan ini akan memantau premis perniagaan seperti kedai, restoran, pasaraya, pasar-pasar di tempat awam dan stesen bas bagi memastikan setiap SOP dipatuhi sebaiknya,” kata Aidi. – SUMBER ASTRO AWANI-SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button