Nasional

Jho Low di Macau, Nik Faisal di Hong Kong

AHLI Perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low yang terlibat dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikesan berada di Macau.

Turut dikesan bersembunyi di Hong Kong ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd. Nik Faisa Ariff Kamil bersama anak dan isterinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

“Kedudukan Jho Low itu berjaya dikesan selepas dia membuat beberapa transaksi semasa berada di Macau.

BACA> Najib tidak seret rakyat, parti bersengketa dengan hakim

“Kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjejaki dan membawanya ke muka pengadilan,” jelasnya.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya akan terus mengesan semua yang terlibat bagi membantu siasatan kes skandal 1MDB.

“Kita akan terus mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dirompak kerana disebabkannya negara dibebani hutang,” katanya.

BACA> Lelaki acu pisau kepada ibu sendiri

Tambah beliau, pihaknya tidak akan berhenti selagi dia tidak dipenjarakan atas kesalahannya. -SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button