Politik

Calon PN DUN N11 Serom, Rahmat Daud Imamkan Solat Jenazah!

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N11 Serom, Rahmad Daud mengambil peluang untuk mengimamkan solat jenazah Allahyarham Yunus Daud.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam, Kesang Laut dan solat jenazah itu turut diiringi Ahli Parlimen Kuala Krai serta calon Pejuang.

Dalam masa sama, Rahmad turut merakamkan salam takziah buat ahli keluarga Almarhumah Salasiah Abdul Latif yang juga telah kembali ke rahmatullah hari ini.

“Almarhumah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gading Laut dan sama-sama kita doakan semoga allahyarham dan almarhumah ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan solihin,” katanya.

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button