NasionalNegeri

Ajal ditimpa runtuhan batu ketika berehat di dapur

SEORANG warga asing maut selepas dapur rumahnya ditimpa runtuhan batu dari bukit berhampiran di Kampung Pinousuk, Kundasang, semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa, Junaidi Gangka, 55, bersama isterinya sedang berehat di dapur.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, beberapa pekebun berhampiran tempat kejadian berjaya mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan setibanya di Hospital Ranau.

“Dalam kejadian ini, isteri mangsa dan dua anaknya berusia 18 serta enam tahun yang turut berada di dalam rumah sempat menyelamatkan diri.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selepas melawat tempat kejadian untuk siasatan lanjut, polis memberi amaran runtuhan mungkin berlaku lagi.

Oleh itu Simiun menasihati penduduk supaya berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. – FMT – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button