Politik

Kebanyakan DUN BN bertanding lepasi 50 peratus pengundi ‘putih’ keluar

KEBANYAKAN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh calon Barisan Nasional mencatatkan lebih 50 peratus pengundi putih telah keluar menunaikan tanggungjawab.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berharap trend pengundi putih atau pengundi yang telah dikenalpasti sebagai penyokong Barisan Nasional keluar mengundi akan terus meningkat.

Menurutnya, jentera kempen Pemuda BN di setiap Pusat Daerah Mengundi telah diminta untuk menjejaki pengundi putih yang belum melaksanakan tanggungjawab.

“Setakat pukul 2.30 petang, di kebanyakan Dun BN Bertanding sudah melepasi 50 peratus pengundi putih yang keluar, alhamdulillah.
Moga-moga trend sebelah petang ini akan lebih meningkat.

“Jentera Pemuda BN di setiap PDM telahpun diarahkan untuk menjejaki semua pengundi putih terutamanya pengundi muda yang masih belum keluar hingga ke rumah masing-masing.

Asyraf Wajdi ketika ini menjalani perintah kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah kerana berkempen.

Beliau meneliti perkembangan peratusan keluar mengundi di kalangan pengundi-pengundi yang dikategorikan sebagai putih atau pengundi BN di setiap Dewan Undangan Negeri PRN Sabah melalui Ketua-ketua Pemuda dan Penyelaras-pengelaras jentera Pemuda bagi setiap DUN.

“InsyaAllah, moga kerja kuat semua jentera di lapangan bakal memperoleh kejayaan kepada BN. Jaga diri, jangan lupa pakai mask, tangan sentiasa bersama sanitIzer semua!” kata Asyraf Wajdi.

BN bertanding di 40 kawasan, masing-masing 31 ditandingi UMNO, diikuti lima oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan empat MCA.-SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button