Nasional

Permohonan gadis hina polis tangguh hukuman penjara ditolak

PERMOHONAN gadis yang hina polis untuk menangguhkan hukuman penjara selama lima bulan terhadapnya selepas didapati bersalah pada 27 Mac lalu ditolak.

Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar Murtazadi Amran membuat keputusan tersebut  kerana menganggap perbuatan pembantu kedai, Nursahira Mohd Mizuar, 20, satu kesalahan berat.

Menurutnya tiada alasan istimewa untuk mahkamah menangguh hukuman berkenaan tambahan gadis tersebut idak pernah meminta maaf kepada pihak polis dan menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu.

Peguam tertuduh, Datuk Naran Singh memohon hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Nursahira ditangguhkan.  Tertuduh sebelum ini tidak diwakili peguam dan keluarganya tidak mampu untuk membayar denda.

Nursahira dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook pada 31 Mac lalu.

Gadis itu ditahan ditahan polis jam 11.30 malam pada 27 Mac selepas memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Dia melakukan perbuatan tersebut kerana  marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira pukul 9 malam.

BACA

-SM

 

 

 

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button