Ekonomi

Kerajaan digesa buka pintu kepada pelancong perniagaan ASEAN, China

KERAJAAN perlu membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.

Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.

“Memandangkan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan.

“Tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun Poh Khiang berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.

Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau. – BERNAMA

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button