Nasional

Kumpulan usia 70 tahun ke atas paling ramai mati akibat Covid-19

KUMPULAN mereka yang berusia 71 tahun dan ke atas mencatatkan bilangan mereka yang paling ramai mati akibat jangkitan virus berbahaya Covid-19 iaitu sebanyak  36 peratus.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, seramai 46 orang daripada 128 kes kematian di Malaysia sehingga semalam terdiri daripada mereka yang berumur 70 tahun dan ke atas.

Kumpulan kedua yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 adalah mereka yang berusia antara 61 tahun hingga 69 tahun iaitu seramai 42 orang atau 33 peratus, diikuti golongan berusia 51 hingga 60 tahun iaitu 18 orang atau 14 peratus.

Kumpulan berusia 21 hingga 40 tahun berada di kedudukan keempat iaitu seramai 12 orang atau 9.4 peratus dan golongan berusia 41 hingga 50 tahun iaitu sebanyak 10 kes atau 7.8 peratus.

Kematian paling muda ialah berusia 23 tahun dan paling tua berusia 101 tahun. Sebahagian besar kematian mempunyai sejarah penyakit kronik.-SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button