Luar Negara

6 lokasi terbaik lawatan malam di Bangkok

SEMEMANGNYA kita sudah rindu untuk bercuti dan kembali melancong ke luar negara. Tidak perlu pergi jauh-jauh, negara jiran juga mempunyai banyak lokasi menarik untuk dikunjungi.

1. Chinatown, Bangkok.
Bagi pelancong yang melancong kerana sukakan makanan, Chinatown menjadi tempat yang sesuai malah terkenal bagi mendapatkan makanan khas daripada Thailand dan makanan ringan di gerai-gerai di kawasan tersebut.
Yen-Ta-Fo adalah mi kuah dengan sos merah manis menjadi makanan yang wajib dicuba oleh pelancong. Gerai-gerai di sana biasanya mula dibuka pada waktu petang.
Selain Yen-Ta-Fo, makanan lain seperti mi manis dari J Muay, mi gulung Nai-Ek, dan makanan laut panggang juga harus dicuba oleh pelancong.

Pengembaraan malam boleh ditutup dengan melawati Monumen Raja Rama I iaitu seorang pencipta dan pengasas Bangkok.
Untuk sampai ke Chinatown, Bangkok, pelancong boleh menaiki MRT menuju ke Hua Lamphong oleh kerana Chinatown, Bangkok meliputi wilayah-wilayah seperti Yaowarat dan Jalan Charon Krung, Kota Bangkok.
Pelancong juga boleh menaiki teksi atau Tuk-tuk, kenderaan Thailand atau berjalan kaki menuju ke Yaowarat.

2. Sky Bar di Bangkok.
Bangkok mempunyai banyak bangunan-bangunan tinggi yang menarik. Jadi, adalah lebih menarik jika dapat menikmati suasana malam daripada bar yang tertinggi di Bangkok iaitu Sky bar di Hotel Jalan Silom.
Sky bar terletak di tingkat 63 di mana pelancong dapat menikmati landskap Bangkok pada waktu malam dengan cantik di samping dapat melihat pemandangan sungai Chao Phraya.
Tempat ini menjadi pilihan pelancongan untuk dikunjungi kerana kedudukannya yang strategik dan bagus yang menyajikan pemandangan indah waktu malam Bangkok.

3. Vertigo and Moon Bar
Lokasi Hotel Banyan Tree adalah di Jalan Sathon, Khwaeng Maha Mek, Bangkok yang menempatkan Vertigo dan Moon Bar iaitu di tingkat 61 hotel itu.
Bar itu merupakan salah satu bar yang tersenarai dalam 10 rooftop bar terbaik dunia. Pemandangan malam juga dapat disaksikan melalui bar itu termasuklah Kawasan hijau Lumpini Park.

4. Red Sky Bar
Red Sky Bar terletak di tingkat 55 dalam bangunan Centara Grand & Bangkok Convention Center iaitu di Kawasan Central World.
Bar tersebut juga merupakan sebuah restoran di mana pelancong dapat menikmati pelbagai hidangan dan minuman yang disajikan.
Pelancong juga dapat menikmati pemandangan malam Kota Bangkok di bar ini dan juga dapat berbelanja di Kawasan membeli-belah yang berdekatan dengan bar itu.

5. Octave Rooftop Lounge & Bar
Bar ini terletak di Bangkok Marriot Hotel Sukhumvit yang juga terkenal dikalangan pelancong.
Bar ini cukup besar kerana berada di tingkat 45 hingga 49 di hotel tersebut.
Pelancong dapat melihat pemandangan malam 360 darjah Kota Bangkok.

6. Baiyoke Sky Tower
Baiyoke Sky Tower merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan malam di Kota Bangkok kerana pelancong dapat melihatnya daripada puncak bangunan yang terletak di Jalan 222 Ratchapraprop, Ratchatewi, Bangkok.

Ketinggian Baiyoke Sky Tower mencecah 88 tingkat dan mempunyai 20 lif iaitu lif tercepat di Thailand yang bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat dengan masa 80 saat sahaja. Lif tersebut boleh digunakan oleh pelancong untuk pergi ke setiap tingkat bangunan itu.

Pelancong boleh menggunakan teleskop yang disediakan di bangunan itu serta dapat bersantai di dek pemerhatian pada tingkat 77 dan tingkat 84 bangunan itu. – SM

(Visited 798 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button