JenayahNasionalNegeri

Lelaki mati ditikam depan Medan Selera Port Dickson

SEORANG lelaki mati ditikam dengan objek tajam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson, semalam.

Timbalan Ketua Polis Port Dickson, DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan orang awam pada pukul 7.35 malam.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa berusia 38 tahun, berlumuran darah terbaring di atas jalan di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pegawai kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 7.55 malam.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat. Motif kejadian masih disiasat dan polis kini giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke IPD Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan di talian 06 6472222. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button