fbpx
Berita

5G jana pendidikan berkualiti – Tun Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata teknologi 5G boleh menjamin kualiti pendidikan bergerak maju dan berkembang jauh, menghubungkan kelompok yang tidak dihubungkan sebelum ini di kawasan luar bandar.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran Projek Demonstrasi 5G di sini malam ini, beliau menegaskan bahawa pendidikan adalah kunci utama dalam memastikan teknologi dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata dengan 5G, pembelajaran boleh bergerak melampaui ruang kelas, semasa pelajar dapat belajar dan berinteraksi dengan cara yang berbeza berbanding dengan cara yang dilakukan pelajar hari ini.

“Sekarang ia semakin menjadi bertambah penting untuk membangunkan kemahiran-kemahiran penting di kalangan anak muda Malaysia, yang memerlukan bukan hanya kemahiran berasaskan data, tetapi juga ketangkasan mental,” katanya di majlis pelancaran yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi.

“Pendidikan dan pemahaman teknologi di kalangan pelajar dan juga di kalangan mereka yang berada dalam kelompok tenaga kerja tidak lagi boleh bertangguh. Ia perlu diberi penekanan dan dipromosi sekarang,” kata Dr Mahathir.


— BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button