Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Ringgit terus merkodkan penyusutan berbanding Dolar AS pada sesi pembukaan pagi Khamis, dengan pelabur mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebelum pembentangan Bajet 2022 pada hari Jumaat.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1540 berbanding Dolar AS daripada 4.1530 pada penutup hari Rabu.

Walau bagaimanapun Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi pembukaan hari ini.

Ia susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.0779 daripada 3.0763 pada Rabu dan jatuh berbanding mata wang Euro kepada 4.8153 daripada 4.8137 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, ia telah menokok berbanding Yen Jepun kepada 3.6512 daripada 3.6542 pada penutup Rabu, dan meningkat berbanding Pound British kepada 5.7026 daripada 5.7033 sebelumnya. – SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button