KesihatanNasional

5,841 kes baharu, 84 lagi kematian direkodkan

JANGAN mengeluh, usah rasa penat tetapi rantaian wabak Covid-19 haru terus dikekang oleh kita semua. Menurut catatan laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan dengan 5,841 lagi kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam.

Itu menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 716,847 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharunya di Facebook berkata, Selangor terus mendahului dengan kes positif Covid-19 dengan catatan 2,072 kes.

“Ini diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552) dan Johor (346).

“Selain itu, Johor mencatatkan sebanyak 346 kes, diikuti Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212), dan Sabah (203),” katanya menerusi catatan.

Negeri-negeri lain yang mencatat kes baharu di bawah 200 ialah Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120), Pulau Pinang (108), Terengganu (29), Putrajaya (17), dan Perlis (2).

Sementara itu KKM di Twitter memaklumkan, 5,411 pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

Ia menjadikan jumlah kes kumulatif sembuh ialah sebanyak 650,964 (90.81%).

Selain itu, 84 kematian baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 ialah sebanyak 4,721.

Seramai 869 pesakit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dimaklumkan, 438 daripada mereka sedang menerima bantuan pernafasan.

Sehingga kini, KKM berkata, jumlah kes aktif ialah sebanyak 61,162. –  SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button