Negeri

57 pilot paramotor terbang di Perlis

Perlis menjadi tuan rumah aktiviti penerbangan paramotor yang julung kalinya diadakan sedemikian rupa di negara ini.

Seramai 57 pilot paramotor dari semua negeri di Semenanjung Malaysia hadir ke Perlis bagi mengambil bahagian dalam ‘Perlis Permai Lagi Mempersona Tour 2022’ yang dianjurkan oleh Kelab Paramotor Flyhigh Perlis.

Ia berlangsung berdekatan dengan Starbucks Cafe di kawasan lapang tapak projek pembangunan baru Kangar Jaya di Seriab dekat Kangar bermula pada petang jumaat 14 Januari hingga ahad 16 Januari 2022 ini.

Upacara pelepasan ‘flag off’ disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden Kelab Paramotor Fly High Perlis Datuk Hj Abdul Azib Saad.

Hadir sama mengiringi Tuanku Raja Muda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof dan Ketua Polis Negeri, DCP Datuk Surina Saad.

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button