AgamaNasionalNegeri

Perlis pandang serius cadangan penceramah wanita boleh nikahi diri sendiri

PERLIS memandang serius dengan cadangan penceramah agama, Ustaz Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari dalam satu video di mana seorang wanita boleh menikahi dirinya sendiri tanpa wali.

Dalam video berdurasi 40 saat itu, Ustaz Muhammad Nuruddin menghuraikan ini dengan cara menawarkan pernikahan kepada pasangannya bersama wujud dua orang saksi.

Beliau juga menyatakan hal itu boleh dilakukan di tempat mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Walaupun cadangan itu ditujukan kepada pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu Angeline Tan dan Sabri Yunus untuk bertaqlid kepadq Mazhab Hanafi dalam perkahwinan tanpa wali tetapi kesannya jika hukum itu terpakai untuk mereka maka secara lojiknya ia juga terpakai untuk orang lain.

Jabatan Mufti Perlis dalam kenyataan hari ini menyatakan andainya cadangan tersebut diterima pakai, ramai wanita yang sedang berada bersama pasangannnya akan menikahkan diri sendiri tanpa pengetahuan wali.

“Apatah lagi beliau (Ustaz Muhammad Nuruddin) menyatakan perkara itu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja,” tambah kenyataan itu lagi.

Sekaligus ini akan menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan pelanggaran kepada undang-undang yang sedia ada berkuatkuasa di negeri-negeri.

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak memakai cadangan Ustaz Muhammad Nuruddin tersebut dan meminta beliau menarik semula pandangan itu kerana ia tiada “dawabit” (terma dan syarat) serta boleh menimbulkan ketidaktenteraman.

Jabatan ini juga menasihatkan pasangan yang ingin berkahwin supaya merujuk dan mendapatkan kelulusan dqri pihak autoriti agama, bukannya padangan seperti itu.

Ini kerana beliau (Ustaz Muhammad Nuruddin) bukanlah autoriti agama (Waliy al Amr) dan cadangan itu boleh dianggap sebagai mencabar keputusan pihak autoriti agama negeri. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button