Nasional

118 orang positif Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur

SEBANYAK 118 orang telah disahkan positif Covid-19 di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt memberitahu 31 pekerja daripada bahagian sayur dan 87 di bahagia ikan telah dijangkiti Covid-19.

“Kita telah memanggil klinik swasta untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di sini.
“Pekerja di bahagian buah-buah telah melakukan ujian saringan semalam dan keputusannya akan diperoleh pada Khamis depan,” katanya seperti dilaporkan The Star.
Keng Fatt turut memberitahu yang Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan mesyuarat pada hari esok.
Ujarnya, mesyuarat itu adalah untuk menentukan sama ada pasar borong itu akan ditutup atau sebaliknya.
Dalam pada itu, dia turut berharap supaya kerajaan dapat memberi waktu sekurang-kurangnya dua hari jika keputusan untuk menutup pasar borong dibuat.
“Ini adalah untuk kami uruskan stok serta bekalan yang masuk jika pasar borong perlu ditutup untuk proses sanitasi,” ujarnya.
Sebelum ini, ujian saringan secara menyeluruh dibuat selepas terdapat lebih daripada 15 kes Covid-19 yang dikesan melibatkan penjual ikan di pasar tersebut. -SM
(Visited 525 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button