Nasional

55 kematian baharu Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 55 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian yang dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 23 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID). Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,488.

Sementara itu, Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Sabah (sembilan), Johor (lapan) dan Perak (tujuh).

Kedah, Melaka dan Pahang (masing-masing empat) manakala Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga) serta Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 277,829 kes aktif dilaporkan termasuk 305 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 191 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button