Nasional

53% populasi dewasa terima dos penggalak

SEBANYAK 53.3 peratus atau 12,473,139 individu dewasa daripada populasi golongan dewasa di negara ini telah menerima dos pengalak Covid-19 setakat semalam.

Sejumlah 22,930,943 individu atau 98 peratus daripada populasi yang sama telah melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 manakala 23,206,202 individu atau 99.2 peratus pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 88.7 peratus atau 2,792,265 daripada populasi kumpulan berkenaan telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,869,845 individu atau 91.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, 119,543 dos diberikan semalam meliputi 9,321 dos pertama, 2,188 dos kedua dan 108,034 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 64,108,866 dos. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button