Berita

Zahid ucap takziah atas pemergian ibu Najib

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada di Prince Court Medical Centre bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam status FB Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada kepada Najib.

“Saya dan keluarga besar UMNO ingin merakamkan jutaan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Ab Razak atas pemergian Bonda yang dikasihi Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah sebentar tadi.

“Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah bersama para kekasihNYA dan diberi sebaik-baik balasan dengan limpahan keredhaan.

“Semoga keluarga mantan Perdana Menteri kita diberi kekuatan oleh Allah SWT menempuh ujian kehilangan insan yang tersayang.


Al Fatihah !”

(Visited 159 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button