Nasionalpilihan

508 kes pinjam Ah Long disiasat, pinjaman RM2.5 juta sejak Januari lalu

SEBANYAK 508 kes pemberi pinjaman wang tidak berlesen (Ah Long) telah disiasat bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, jumlah pinjaman yang dicatatkan juga mencecah RM2.5 juta.

“Sejak Januari hingga Jun lalu juga, kita telah menangkap sebanyak 508 orang yang dipercayai terlibat dengan sindiket Ah Long yang bergerak aktif di seluruh negara.

“Kita juga sentiasa membuat pemantauan dan risikan secara berterusan bagi mengesan serta mengenalpasti sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang bergerak aktif di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara maya hari ini.


Dalam pada itu, pihaknya juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan tawaran yang diberikan oleh sindiket Ah Long.

“Orang ramai yang ingin membuat pinjaman boleh membuat semakan dan pengesahan lesen berdaftar syarikat pinjaman wang berlesen dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) melalui laman sesawang www.kpkt.gov.my.

“Orang ramai juga diminta untuk terus membantu pihak polis dengan memainkan peranan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat aktiviti jenayah komersil kepada pihak PDRM melalui saluran CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 / 03-26101599 atau melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222 atau menghubungi mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya. -SM

(Visited 63 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button