Nasional

Sempat hadiri beberapa mesyuarat, lawatan PM ke Arab Saudi positif – Anwar Ibrahim

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lawatan beliau bersama isteri dan delegasi ke Arab Saudi untuk beberapa hari cukup positif.

Sebelum berangkat pulang, kerajaan Arab Saudi memohon Anwar untuk melanjutkan tempoh lawatan rasmi untuk bertemu dengan beberapa pemimpin lain.

Namun disebabkan kekangan waktu dan jadual mendatang yang agak padat, Anwar harus pulang ke ibu negara dan mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi.

Kongsi Anwar dalam catatan di Facebook rasmi beliau, beberapa perbincangan dibuat bersama komuniti islam dan perniagaan yang membolehkan hubungan kedua-dua negara terus berkembang.

“InsyaAllah saya akan kembali ke Arab Saudi bagi meneruskan hubungan baik yang telah terjalin ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Anwar dan Azizah bersama delegasi ke Madinah al Munawwarah untuk majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah.

“Kami kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Masjid Nabawi.

“Alhamdulillah, saya dan delegasi juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam baginda Nabi Muhammad SAW,” kongsi Anwar. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button