Nasional

500,000 keping pelitup muka diberi kepada golongan kurang berkemampuan

SEBANYAK 500,000 ribu keping pelitup muka diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan tersebut diberikan oleh Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah dan Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd serta pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua.

Menteri KPKT, Datuk Dr. Zuraida Kamaruddin berkata, sumbangan tersebut amat berharga terutamanya bagi rakyat yang memerlukan.

“Kita berterima kasih dengan Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana menyumbangkan pelitup muka yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan golongan B40,” katanya.

Hadir sama semasa sesi penyerahan sumbangan itu ialah duta jenama Neutrovis, Izzue Islam.

Sementara itu, Zayn Puah berkata, pihaknya bekerjasama dengan Himaya untuk menyumbangkan sumbangan yang berjumlah RM350,000 itu sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

KK Chua pula memberitahu yang sumbangan itu mengambil semangat Tahun Baru Cinta untuk menyampaikan mesej positif dan berkongsi kesejahteraan dengan mereka yang memerlukan. -SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button