Ekonomi

Ar-Rahnu X’change Chukai dibuka secara rasmi

AR-RAHNU X’Change Bank Rakyat perluas perkhidmatan perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change menerusi perasmian francais Ar-Rahnu milik Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kemaman (KOPKEM) baru-baru ini.

Majlis perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Haji Abd Kadir.

Ar-Rahnu X’Change Chukai merupakan rangkaian ke-80 daripada 81 francais pajak gadai Islam Bank Rakyat yang diuruskan oleh francaisor, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS), anak syarikat milik penuh Bank Rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi KOPKEM, Haji Yahaya Mamat serta Anggota Lembaga KOPKEM.

Menerusi program francais ini, KOPKEM memegang hak sebagai francaisi bagi menjalankan perniagaan pajak gadai Islam Bank Rakyat. Ar-Rahnu X’Change menjadi aktiviti utama perniagaan KOPKEM berikutan keyakinan tinggi barisan Anggota Lembaga Koperasi terhadap potensi pasaran semasa produk pembiayaan mikro ini.

Selain perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu, koperasi ini turut aktif dalam aktiviti perladangan, pertanian, pemborongan, peruncitan, logistik sawit serta pembinaan.

Operasi perniagaan Ar-Rahnu X’Change yang berasaskan pemindahan kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993 menjamin operasi perniagaan yang lancar dan selamat di samping jaminan risiko yang minimum kepada pemegang francais dan pelanggan.

Secara keseluruhan, semua rangkaian Ar-Rahnu X’Change mempamerkan prestasi yang membanggakan dengan mencatatkan pencapaian pengeluaran pembiayaan terkumpul berjumlah RM636 juta dengan baki pembiayaan sebanyak RM848 juta sehingga 31 Mei 2023.

Selain beberapa faktor asas sebagai penyumbang kepada peningkatan potensi pasaran, pelbagai program pembangunan produk dan jenama dirangka bagi mengukuhkan lagi daya saing Ar-Rahnu X’Change di pasaran dalam negara.

Menyedari cabaran persaingan yang semakin hebat ini, pelbagai program pembangunan perniagaan, pemasaran serta inisiatif pengukuhan jenama telah dirangka bagi memastikan 81 rangkaian Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara terus berdaya saing di pasaran dalam negara.

Menerusi sambutan yang memberangsangkan daripada beberapa buah koperasi terhadap perniagaan francais ini, RMS amat optimis untuk meningkatkan lagi jumlah rangkaian perniagaannya bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh negara.

Program pendedahan secara berterusan dan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan faktor utama peningkatan penglibatan koperasi untuk menyertai Ar-Rahnu X’Change Bank Rakyat. – SM 

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perkenal e-Lelong Ar-Rahnu, platform lelongan secara dalam talian

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button