Luar Negara

Sekurang-kurangnya 2 terbunuh pesawat kecil rempuh rumah di California Selatan

SEBUAH  pesawat kecil merempuh kediaman di Santee, 220 km di selatan Los Angeles, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut.

Saluran berita FOX 5 tempatan melaporkan, pesawatyang berlepas dari Yuma, Arizona, terhempas sekitar pukul 12:15 malam waktu tempatan, dan pihak berkuasa yang tidak tahu berapa orang dalam pesawat itu.

Pesawat, Cessna 340A, adalah pesawat enam tempat duduk dengan mesin omboh berkembar.

Video yang dirakam oleh FOX 5 menunjukkan jentera bomba berusaha memadam api di dua rumah yang musnah sama sekali dalam nahas itu.

Pihak berkuasa masih berusaha untuk mengesahkan sama ada penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sempat keluar atau tidak.

Seorang lelaki di tempat kejadian memberitahu wartawan FOX 5 bahawa dia mendapat panggilan dari jiran yang mengatakan ibu dan ayahnya dikejarkan ke hospital.

Punca kemalangan sedang disiasat. – XINHUA

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button