Nasional

Beranikah kenakan hukuman penjara dan sebatan terhadap kartel beras?

KERAJAAN digesa mengenakan hukuman lebih tegas termasuk penjara dan sebatan terhadap kartel beras yang terbukti merampas subsidi rakyat.

Cadangan itu diutarakan oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh dan disokong oleh parti PUTRA.

Naib Presiden 1 parti PUTRA, Datuk Asmawar Samat

Untuk makluman, hukuman sedia ada berbentuk kompaun dan denda meskipun mencecah RM100,000 tetapi ia mampu dilunaskan oleh pihak kartel-kartel.

Naib Presiden 1 parti PUTRA, Datuk Asmawar Samat berkata, PUTRA pula mengesyorkan agar pihak kartel-kartel yang didapati melakukan kesalahan dikenakan hukuman yang lebih keras dan berat seperti penjara lima tahun dan lima sebatan secara mandatori.

“Kita melihat perkara ini perlu segera dilakukan iaitu meminda undang-undang dan menghentikan retorik.

“Jangan takut dengan gangster berbagai kartel. Kenapa kartel-kartel ini lebih berani di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dan mengapakah DAP tidak bersuara?” soal beliau.

Beliau berkata, isu bekalan beras tidak akan dapat diselesaikan jika kartel yang menguasai dan memanipulasi perniagaan tidak ditumpaskan.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan dan Aduan Awam berkata, pada hakikatnya, sekian lama pihak kartel telah menguasai bekalan beras melalui  pengilang, pembungkus, pemborong dan peniaga.

“Penguasaan mereka menyebabkan mereka semakin berani sehingga menjadikan bekalan Beras Tempatan hilang.

“Kenyataan rasmiMenteri Besar Terengganu di Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-15 mendedahkan 70% Beras Tempatan telah dicampur dengan 30% Beras Import menjadikannya Beras Super Import.

“Jelas kemunculan Beras Super Import adalah bertujuan mencari keuntungan besar dan berlebihan.

“Sebab itulah di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit tiada lagi Beras Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perbezaan harga Beras Import dengan Beras Tempatan adalah amat ketara.

“Contohnya, untuk 5 kilo (kg) Beras Super Import Sunwhite harganya RM26.99 manakala Beras Tempatan Cap Rambutan Hijau harganya RM12.79.

“Berikutan itu, golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 serta peniaga-peniaga kecil makanan menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan beras yang biasa mereka bayar dengan harga rendah,” ujar beliau.

Katanya, walaupun pihak kerajaan telah mengambil langkah memberikan Subsidi Bersasar di tempat tertentu namun langkah tersebut membuatkan ramai pembeli terpaksa beratur panjang dan lama serta berebut-rebut bagi mendapatkan beras.

“Persoalannya, apakah pihak jabatan dan agensi kerajaan tidak tahu atau bersikap sambil lewa ke atas kartel-kartel yang terang-terangan melakukan kesalahan yang mengakibatkan kesukaran kepada rakyat?” soalnya. – SM

BACA Isu beras Tok Him tanya “Kementerian Rahmah”, Syed Mokhtar Al Bukhary buat apa?

BACA Isu beras tempatan masih berlarutan: Putra tampil dengan tiga resolusi

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button