Nasional

Najib masih lagi cirit-birit, perbicaraan ditangguh

PERBICARAAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  ditangguh, kerana masalah cirit-birit dan kekurangan air.

Najib yang diberi cuti sakit selama dua hari sehingga semalam, masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada 9 April lalu, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menangguhkan perbicaraan selepas Pakar Perubatan Klinikal HKL, Dr. Mohd Fadli Zil Ikram Karim, memberikan cuti sakit selama dua hari kepada Najib.

Keadaan Najib yang masih dalam rawatan di HKL kerana mengalami masalah sama disahkan Dr Mohd Fadli ketika dipanggil memberikan penjelasan mengenai keadaan bekas perdana menteri itu di Mahkamah tinggi hari ini.

Dr. Mohd Fadli memberitahu, ketika membuat rutin rondaan klinikal pada jam 7.20 pagi tadi, Najib yang diperiksa olehnya mengadu masalah cirit-birit. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button