Politik

50 Ahli Parlimen Tak Hadir Bersidang, MoU Kerajaan – Pembangkang Terbatal!

Pakatan Harapan (PH) telah melanggar Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, apabila meminta undi belah bahagian dijalankan bagi usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), di Dewan Rakyat semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pada hemat beliau, tindakan pembangkang itu menyebabkan MoU berkenaan terbatal.

“Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MoU berkenaan. Dan ini satu ‘blessing in disguise’, kerana YAB Perdana Menteri kini bebas untuk membatal atau menggantung pelaksanaan MoU berkenaan,” katanya menerusi catatan di Facebooknya semalam.

Beliau berkata Perkara 3.3 (b) MoU itu menyatakan PH bersetuju mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam apa-apa usul dikemukakan kerajaan.

Annuar berkata tindakan PH, sekali gus memudahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan mandat pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, berhubung pembubaran Parlimen.

Katanya, ia juga membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan, selari dengan keputusan PAU 2021.

Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi, tidak diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Usul dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tidak diluluskan setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undi itu berkata seramai 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button