Ekonomi

5 Tanda Bisnes Anda Menuju Kejatuhan – Ambil Iktibar Sebelum Terlambat

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025 – Ramai usahawan baru terlalu yakin bahawa semangat dan promosi yang agresif sudah cukup untuk memastikan kejayaan perniagaan. Namun hakikatnya, tanda-tanda awal kejatuhan bisnes sering kali jelas kelihatan – jika kita jujur melihatnya.

Dalam satu perkongsian pengalaman oleh Nordin Mat, seorang bekas usahawan yang pernah gagal beberapa kali sebelum bangkit semula, lima petunjuk utama ini wajar diberi perhatian serius:

1. Aliran Tunai Mula Tersekat

Masalah paling ketara ialah gaji pekerja sering lewat dibayar atau memerlukan pinjaman dari akaun lain hanya untuk menampung operasi harian.

“Ini bukan soal disiplin semata-mata, tetapi petanda awal bahawa struktur kewangan anda sedang tenat,” katanya.

2. Bayaran Pembekal Tertangguh Terlalu Lama

Daripada bayaran biasa 30 hari kini melarat hingga 90 hari, dan pembekal mula menyuarakan ketidakpuasan.

“Bila pembekal mula kenakan caj lewat atau enggan hantar barang, itu isyarat anda sudah masuk fasa ‘gali lubang tutup lubang’,” jelas beliau.

3. Penyata Kewangan Sentiasa Merah

Ramai usahawan tidak menyemak atau menyengajakan tidak menyediakan Penyata Untung Rugi.

“Tanpa angka, anda bisnes dalam gelap. Jika setiap bulan rugi, itu bukan bisnes – itu liabiliti,” tegasnya.

4. Jualan Stagnan Walau Sudah Cuba Bermacam Cara

Dari diskaun besar, pelancaran produk baru hingga strategi digital — namun jualan masih tidak naik.

“Mungkin pasaran sudah tidak perlukan produk atau konsep anda. Berhenti paksa sesuatu yang tidak lagi relevan.”

5. Bila Semua Tanda Ini Muncul, Bertindak – Bukan Bertahan

Ramai hanya tutup perniagaan bila bank mula membekukan akaun atau pejabat disita.

“Gagal cepat, belajar pantas. Mulakan semula dengan lebih bijak. Kejayaan bukan menafikan kegagalan, tapi belajar daripadanya.”

“Yang bahaya bukan kegagalan, tetapi menafikan tanda-tanda awal kejatuhan.”

Perkongsian ini mengingatkan para usahawan agar bersikap realistik dan proaktif dalam menguruskan perniagaan. Kadangkala, mundur sekejap untuk maju ke hadapan jauh lebih bijak daripada terus melawan arus yang sudah menenggelamkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button