Nasionalpilihan

5 sekolah di Sri Aman, Lubok Antu akan dibantu dengan segera

KEMENTERIAN Pendidikan kan membaiki beberapa kemudahan dan infrastuktur sekolah yang telah uzur di Sarawak dengan kadar yang segera bagi membolehkan sesi pembelajaran berjalan dengan baik dan selesa.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata demikian selepas melawat lima buah sekola di Sri Aman dan Lubok Antu baru-baru ini.

“Dari Kuching kami terus ke Sekolah Kebangsaan (SK) Jaong di Sri Aman. Sekolah ini adalah sekolah asrama harian yang mempunyai 70 orang murid dan 21 daripada mereka menginap di asrama.

“Sekolah ini baru menerima kemudahan di asrama seperti katil, tilam dan almari untuk murid. Bagi menambahbaik kemudahan di sekolah, beberapa unit kuarters guru yang telah uzur akan dibaiki segera,” katanya.

Menurut Radzi, pihaknya kemudian telah ke SK Aping dan dimaklumkan bahawa terdapat 82 murid dan 11 murid prasekolah ini dan sedang dalam perancangan untuk dipindahkan ke lokasi baharu.

Jelasnya, antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk sekolah ini adalah penambahbaikan bilik pemulihan.

“Selain itu, kerja-kerja pendawaian serta penyambungan bekalan elektrik awam akan diselesaikan segera.

“Saya juga meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili di Lubok Antu yang mempunyai 1,121 murid dengan 163 murid adalah murid Tingkatan 5 dan 83 murid tingkatan 6,” katanya.

Katanya, ketika di SMKE, dia sempat bertanya khabar dengan beberapa orang murid Tingkatan 6 Semester 2 yang sedang mengulangkaji sebagai persiapan bagi menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

“Pak Cik doakan agar anak-anak semua dapat belajar dalam keadaan selamat dan berjaya dalam peperiksaan,” katanya.

Selain itu, tinjauan turut dilakukan di SK San Semanju dan SK Ridan di Lubok Antu.
Ujarnya, kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah asrama harian dan mempunyai 131 murid prasekolah dan 127 murid biasa.

“Keperluan menyediakan bekalan air bersih di sekolah dan asrama sentiasa menjadi perhatian kami. Bagitu juga dengan kemudahan di asrama seperti katil dan tilam untuk kegunaan murid.

“InsyaAllah, kami akan usahakan yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya. -SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button