Nasional

Bayi 6 bulan tersepit jari di alat permainan

Seorang bayi lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas jarinya tersepit di alat permainan (bola plastik) ketika sedang tidur di dalam buaian.

Ketua Operasi, Nik Mohd. Faizuaidi Mohd. Nawi berkata, kejadian berlaku di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.25 petang tadi.

“Sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat telah dikerah ke lokasi kejadian.

BACA> Ragut: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan

“Mangsa ialah kanak-kanak berusia lingkungan enam bulan tersepit satu daripada jarinya ke bahagian lubang yang terdapat di alat permainan tersebut,” katanya.

Menurut Nik Mohd. Faizuaidi, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan alat pemotong untuk memecahkan alat permainan itu.

Jelasnya, operasi tamat kira-kira pukul 2 petang dan bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan. -SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button