fbpx
Rencah Hidup

ADUN Bugaya meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu, hari ini.

Wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

Portal FMT yang memetik sumber Warisan berkata, Allahyarham dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia tengah hari tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September lalu, Manis mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

(Visited 26 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button