Negeri

49 orang dapat manfaat Projek Baiti Jannati sumbangan Tenaga Nasional Berhad

Di peringkat Negeri Perlis, Projek Baiti Jannati sumbangan Tenaga Nasional Berhad telah bermula sejak tahun 2008 lagi. Setakat tahun 2020, seramai 49 orang penerima telah mendapat manfaat daripada projek ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.45 juta dan pada tahun 2021 ini, 2 buah rumah lagi golongan asnaf yang terpilih akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

Manakala, bagi Projek Mesra Rakyat (untuk bukan Islam), setakat tahun 2020, seramai 23 orang penerima telah mendapat manfaat daripada projek ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM790,000 dan pada tahun 2021 ini, 2 buah rumah lagi akan dibina untuk golongan yang terpilih dengan peruntukkan sebanyak RM100,000.

Demikian dimaklumkan oleh Pengurus Besar Negeri, State Stakeholders Affairs (Perlis/Kedah/Pulau Pinang) Bahagian Regulatory & Stakeholder Management TNB, Azmi Md Yusof selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengambil bahagian dalam program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali ke 14 Bagi Tahun 2021’ bertemakan ‘”BETTER. BRIGHTER” anjuran bersama MAIPs dan Tenaga Nasional Berhad pada petang semalam.

Turut serta ialah Head Of Zone Asset (N1) Distribution Network TNB Anan A/L Eyam, Pengurus State Stakeholders Affairs Bahagian Regulatory & Stakeholder Management TNB Ku Abdul Razak Ku Ismail dan Ketua Retail Negeri (Perlis) SME & Residential, Bahagian Retail TNB, Azian Alias.

Tambah Azmi, ‘Secara dasarnya, penerima bantuan projek membaik pulih atau membina baharu atau membiayai pembelian rumah kediaman untuk Projek Baiti Jannati ini diiktiraf sebagai golongan yang layak menerima zakat (asnaf) oleh Majlis Agama Islam. Rumah yang hendak dibaiki atau dibina baharu itu pula tentulah yang sangat usang dan uzur sedangkan pemilik atau penghuninya tidak mampu untuk membaiki atau membinanya sendiri, selain tidak mendapat bantuan seumpamanya daripada mana-mana pihak’.

Seramai 25 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Al-Abrar, Kubang Gajah menerima bantuan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs di masjid berkenaan.

Selain menyantuni tiga buah keluarga asnaf bagi menyerahkan sumbangan, Tuanku Raja Muda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor turut berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan Rumah Sumbangan TNB Projek Baiti Jannati bernilai RM50,000 termasuk kelengkapan asas kepada Nazri Desa, 51 tahun di Kg. Kubang Gajah.

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button