Jenayah

49 jemaah solat sunat Aidiladha ditahan

Seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selepas mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dibuat di sekitar Juru pada petang Selasa bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Mohd Suhaily sebelum ini berkata, pihaknya sedang mengesan kira-kira 200 individu yang menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekat surau Taman Pelangi, Juru selepas video mereka tular di laman media sosial.

Menurutnya, mereka yang majoritinya warga asing bertindak solat di kawasan lapang tersebut selepas surau di kawasan perumahan berkenaan sudah melebihi kapasiti jemaah iaitu 100 orang seperti dibenarkan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan pihaknya mengesan lebih awal aktiviti solat sunat Aidiladha yang diadakan berhampiran Surau Taman Pelangi di sini, pada Selasa.

Jelasnya aktiviti solat sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 200 jemaah itu diluar kawalan pihak surau walaupun pengurusannya telah mengambil beberapa tindakan termasuk menutup pintu pagar.

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button