Berita

4,765 kes baharu Covid-19

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

12 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,124 kes (411,360 kes kumulatif, 90.8%);

• Kes baharu : 4,765 kes (453,222 kes kumulatif);

• Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 4,758 kes [4,291 warganegara (90.2%); 467 bukan warganegara (9.8%)];

• Kes aktif : 40,101 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 469 kes;

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 244 kes;

• Kes kematian : 39 kes (1,761 kes kumulatif, 0.39%; 37 warganegara, 2 bukan warganegara);

• Jumlah kluster : 1,840 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 20 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat :1,378 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 462 kluster.

Terdapat 39 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Selangor, tiga (3) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Kedah, Sarawak, Kelantan, dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI PROTEIN SPIKE COVID-19 DI MALAYSIA

Merujuk kepada Sidang Media 12 Mei 2021, survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 33 sampel COVID-19 dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan:

14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351. Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan; serta

Satu (1) kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah sebanyak 62 kes dan varian Indian B.1.617 sebanyak dua (2) kes [masing-masing satu (1) kes sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2].

i. Varian South African B.1.351

Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351 Kes COVID-19

Saringan

Varian South African B.1.351

Kluster Jalan Lima

57

447

4

Kluster Jalan Kebun Baru

1,116

1,585

9

Kluster Teknologi Emas

266

333

3

Kluster Jalan Canning Estate

251

693

10

Kluster Kampung Bunut Sarang Burung

192

332

10

Kluster Kampung Domis

442

899

7 kes baharu

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button