Nasional

47 kes baharu Covid-19, Sabah catat jangkitan tertinggi

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberikan amaran bahawa Malaysia tidak kebal dengan serangan Covid-19.
Menurutnya, Malaysia boleh menjadi seperti negara luar yang mencatatkan jumlah kes tinggi Covid-19.
“Malaysia tidak kebal dan turut akan menjadi seperti negara luar yang mencatatkan jumlah kes tinggi Covid-19 jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga,” ciap Dr. Noor HIsham di Twitternya.
Bilangan kes jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan jumlah kes baharu hari ini sebanyak 47 kes.

Sabah dilaporkan mempunyai bilangan kes baharu tertinggi iaitu 31 kes termasuk 22 kes dari Kluster Benteng LD. Kesemua yang dijangkiti tersebut merupakan banduan.

Sementara Kluster Tawar di Kedah turut mencatatkan pertambahan kes iaitu sebanyak 13 kes baharu. Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 591 kes.

Kes baharu itu melibatkan 45 jangkitan tempatan melibatkan 28 warganegara dan 17 bukan warganegara.  Sementara dua kes lagi adalah kes import melibatkan bukan warganegara.

Ketika ini sembilan mangsa sedang di rawat di unit rawatan rapi dengan empat daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.-SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button