Nasionalpilihan

468 kes bunuh diri dicatatkan sejak Januari hingga Mei tahun ini – PDRM

SEBANYAK 468 kes bunuh diri dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, pada 2019, 609 kes dicatatkan manakala tahun 2020 pula sebanyak 631 kes.

“Secara purata, dua kes bunuh diri berlaku setiap hari.

“Untuk tempoh 2019 hingga Mei tahun ini, sebanyak 281 orang lelaki dan 1,427 wanita telah dilaporkan membunuh diri.

“Mangsa yang berusia 15 hingga 18 tahun berjumlah 872 orang manakala 19 hingga 40 tahun pula sebanyak 668 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Jalil, Johor mencatatkan kes tertinggi pada 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes manakala pada tahun ini sehingga Mei, Selangor mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 117 kes.

Jelasnya, siasatan mendapati tiga punca utama kejadian bunuh diri adalah kerana mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

“Berdasarkan statistik juga, cara paling tinggi dicatatkan ialah dengan gantung diri (75.1%), terjun bangunan (13.6%) dan minum racun (5.7%),” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak bertanggungjawab khususnya masyarakat perlu memainkan penting bagi membendung gejala ini.

Ujarnya, individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya harus diberi bantuan sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat.

“Kita sentiasa menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.

Jika ingin dapatkan nasihat, rakan berbual dan kaunseling hubungi Agape Counselling Centre Malaysia 03-77855955 atau 7781 0800;  The Befrienders  03-79568144 atau 03-79568145; Life Line Association Malaysia
03-42657995. -SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button